POLIS TIDAK WAJAR SEKAT ANAK MUDA DEMI MALAYSIA BERHIMPUN TUNTUT ‘TANGKAP NAJIB’ 1 OGOS 2015

31 Jul POLIS TIDAK WAJAR SEKAT ANAK MUDA DEMI MALAYSIA BERHIMPUN TUNTUT ‘TANGKAP NAJIB’ 1 OGOS 2015

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyokong inisiatif anak muda ‘Demi Malaysia’ untuk berhimpun secara aman esok, 1Ogos 2015 di Sogo jam 2.00 petang bagi membawa mesej ‘Tangkap Najib’.

Kami mengambil pendirian bahawa hak berhimpun secara aman dijamin dalam Perlembagaan Malaysia dan ugutan polis untuk menyekat suara anak muda adalah sebagai tidak menghormati undang-undang tertinggi negara.

Sebaliknya, polis seharusnya menumpukan perhatian kepada mesej yang hendak disampaikan iaitu siasatan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak terutamanya mengenai skandal 1MDB perlu dijalankan secara bersih, cekap dan amanah.

Kami yakin sekiranya polis bertindak menghalang hak demokrasi atau menghukum peserta himpunan esok seperti yang berlaku sebelum ini dalam Himpunan Bersih, Himpunan Kita Lawan dan sebagainya, rakyat akan pastikan Ketua Polis Negara (IGP) dipertanggungjawabkan.

Tugas IGP adalah memastikan himpunan berjalan dengan aman dan keadaan trafik terkawal.

AMK akan bersama dengan Demi Malaysia dalam usaha menghentikan kepincangan dan rasuah yang berlaku di bawah kepimpinan Najib Razak serta menyeru anak-anak muda untuk bersama-sama dalam usaha kita memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

31 JULAI 2015

CHANG LIH KANG

ADUN Teja, Perak merangkap

Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia