BANTAHAN TERHADAP KENYATAAN OLEH 2 WAKIL RAKYAT DAP KE ATAS PENTADBIRAN YAB AZMIN ALI

19 May BANTAHAN TERHADAP KENYATAAN OLEH 2 WAKIL RAKYAT DAP KE ATAS PENTADBIRAN YAB AZMIN ALI

AMK Selangor memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh 2 orang wakil rakyat dari DAP iaitu YB Kampung Tunku dan YB Kinrara yang menyatakan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Azmin Ali adalah lembap dan mengakui pentadbiran YB Tan Sri Khalid Ibrahim lebih cekap.

1- AMK Selangor menghargai kritikan dan pandangan kedua-dua wakil rakyat DAP terhadap pentadbiran YAB Azmin. Namun, kami berpandangan bahawa kedua-dua wakil rakyat DAP ini telah gagal melihat secara keseluruhan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran YAB Azmin. Realitinya majority rakyat Selangor sedang merasai keberkesanan pentadbiran YAB Azmin termasuk rakyat di Kampung Tunku dan Kinrara

2- Untuk makluman kedua-dua wakil rakyat ini, YAB Azmin telah berjaya menyelesaikan begitu banyak permasalahan yang ditinggalkan oleh pentadbiran YB Tan Sri Khalid khususnya melibatkan isu sampah, KIDEX, Perjanjian Air, Kontroversi Kitab Bible dan sebagainya dalam tempoh yang singkat. Malah, rizab tunai Kerajaan Negeri juga bertambah sebanyak RM1 billion dalam tempoh 5 bulan pertama tahun ini.
3- Adalah sangat tidak adil untuk menuduh pentadbiran YAB Azmin lembap dan tidak cekap hanya kerana desakan mereka supaya YAB Azmin mnededahkan bayaran gaji dan elaun pemimpin GLC negeri tidak dipenuhi sepenuhnya. Selaku wakil rakyat mereka harus faham bahawa permohonan mereka itu adalah tertakhluk kepada beberapa undang-undang dan prosedur syarikat.

4- Wakil rakyat DAP ini harus lebih realistik dan beretika sebelum mengeluarkan kenyataan menyerang pentabbiran YAB Azmin. Kami ingin menasihatkan agar wakil rakyat ini supaya jangan terlalu gopoh dan gelojoh dalam mengeluarkan kenyataan media. Selaku wakil rakyat, mereka mempunyai pelbagai ruang untuk menyuarakan ketidak puasan hati.

Justeru, AMK Selangor ingin mengulangi keyakinan penuh kami terhadap kepimpinan YAB Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor. Hakikatnya, rakyat Selangor kini sedang menikmati keberkesanan kepimpinan YAB Azmin dan banyak masalah yang berlaku selama ini berjaya diselesaikan secara cekap dan bijaksana oleh YAB Azmin. Maka, kami AMK Selangor menolak sepenuhnya kenyataan semborono kedua-dua wakil rakyat DAP tersebut dan kami ingin menasihati mereka supaya lebih adil dan bijaksana dalam mengeluarkan kritikan dan kenyataan.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

ZAINOL ABIDIN BIN MOHAMED
Timbalan Ketua AMK Negeri Selangor
19hb Mei 2015