Menangguh Projek-Projek Mega Harus Jadi Keutamaan

21 Jan Menangguh Projek-Projek Mega Harus Jadi Keutamaan

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia YB Tan Kar Hing menyesal dengan pengumuman langkah-langkah penyesuaian kerajaan, selaras dengan kemerosotan harga asas minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak semalam. Ini jelas menunjukkan kehilangan hala tuju serta gagal menangani isu pokok yang membelenggui masalah ekonomi negara.

Kata Kar Hing, demi menghadapi keadaan ekonomi negara yang lembab, antara langkah yang harus diberikan keutamaan oleh kerajaan adalah untuk menangguhkan projek-projek mega yang dijangka akan menelan puluhan bilion ringgit. Ini adalah kerana prestasi ekonomi dijangkakan tidak akan menggalakkan serta peningkatan risiko kegagalan projek-projek mega, dan ini bakal membawa akibat yang padah kepada rakyat dan negara.

Kebanyakan projek mega dikendalikan oleh agensi kerajaan ataupun Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Sebagai contoh Menara Warisan Merdeka (RM5 bil, oleh Permodalan Nasional Berhad), Bukit Bintang City Centre (RM5 bil, oleh UDA Holdings Berhad), Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (RM26 bil, oleh 1MDB), Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Pengerang (RM60 bil, oleh Petronas) dan sebagainya.

“Projek-projek ini wajar ditangguhkan untuk dikaji balik sebagai langkah proaktif. Ini jauh lebih kritikal daripada penangguhan projek PLKN yang hanya dapat berjumlah RM400 juta”

Kar Hing yang juga merupakan ADUN Simpang Pulai mengulas, walaupun projek pembangunan tersebut tidak dibiayai secara langsung oleh kerajaan, tetapi seandainya agensi atau GLC yang di bawah tanggungan kerajaan gagal membayar balik, hutang berkenaan akan menjadi “contingent liability” iaitu hutang yang ditanggung oleh kerajaan pusat.

Sebagai contohnya, PNB mempunyai pemilikan penuh atas Prolintas iaitu syarikat konsesi lebuh raya kedua terbesar di Malaysia. Jikalau berlaku kerugian oleh PNB dalam pembangunan projek mega, susah tentu pihak PNB tidak akan bersetujui saranan untuk menurunkan kadar tol lebuh raya dan ini sudah pasti akan membawa impak besar kepada rakyat jelata terutamanya sewaktu ekonomi negara menjunam.

Di samping itu, strategi kerajaan untuk menambah pendapatan negara seperti pelaksanaan GST, menggalakkan sektor pelancongan dan jualan promosi, tidak membawa impak yang besar terhadap ekonomi negara. Malah, strategi menjana pendapatan sekali lagi hanya bergantung kepada perbelanjaan rakyat semata-matanya.

YB Tan Kar Hing
Naib Ketua AMK Malaysia
ADUN Simpang Pulai