LAPORAN POLIS OLEH AMK BERKENAAN SKANDAL PERDANA MENTERI BERIKUTAN LAPORAN WSJ

06 Jul LAPORAN POLIS OLEH AMK BERKENAAN SKANDAL PERDANA MENTERI BERIKUTAN LAPORAN WSJ

Ketua AMK Malaysia Nik Nazmi dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan Fahmi Ahmad membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berkenaan dengan skandal Perdana Menteri Najib seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal. Laporan penuh:

“Wall Street Journal (WSJ) bertarikh 2hb Julai telah melaporkan bahawa wang sejumlah AS$700 juta telah didepositkan ke dalam sebuah akaun yang dipercayai merupakan akaun bank peribadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sarawak Report pada 2hb Julai turut mendedahkan bahawa wang sejumlah AS$681,999,976 (RM2.6 billion) telah dipindahkan oleh dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Abdul Razak di AmBank pada bulan Mac 2013.

Menurut Sarawak Report, pemindahan wang tersebut dari Falcon Bank ke dalam akaun bank peribadi bernama Najib Abdul Razak beberapa hari selepas satu perkongsian strategik ditandatangani antara Malaysia dan Abu Dhabi pada 12 Mac 2013.

Selain itu, SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan 1 Malaysia Development Berhad telah memindahkan wang sejumlah RM42 juta ke dalam tiga akaun peribadi Najib Abdul Razak di Am Private Banking, Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu.

Saya mengesyaki terdapat elemen percanggahan kepentingan dan pelanggaran kepercayaan (Breach of Trust) dalam urusan tersebut dan meminta siasatan polis.

Individu yang dinamakan untuk disiasat merupakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Abdul Razak. Sekian laporan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.”

AMK

AMK2