KENYATAAN BERHUBUNG PEMBUNUHAN DI PARIS

08 Jan KENYATAAN BERHUBUNG PEMBUNUHAN DI PARIS

Saya amat kesal dengan serangan terbaru ke atas pejabat majalah satira
Perancis, Charles Hebdo.

Serangan itu merupakan tindakan keganasan yang bacul.

Tiada agama yang akan menyokong tindakan keganasan sedemikian. Kita
perlu mengingati warisan Amir Abdul Qadir al-Jazairi, pejuang
kemerdekaan Algeria kurun ke-19 yang dihormati bukan sahaja di
kalangan umat Islam malah musuh-musuhnya, iaitu orang Perancis dan
seluruh dunia kerana akhlaknya bersama kawan dan lawan.

Itulah Islam sebenar yang mesti kita perjuangkan.

Sebagaimana disebut Tariq Ramadan, “Bertentangan dengan apa yang
didakwa dikatakan oleh para pembunuh di pengeboman pejabat Charlie
Hebdo, bukan maruah Rasulullah s.a.w. yang diperjuangkan, sebaliknya
agama kita, nilai-nilai kita dan prinsip Islam yang telah dikhianati
dan dicemari.”

Saya ingin menyuarakan simpati saya terhadap keluarga dan
sahabat-sahabat mangsa.

Saya juga berharap golongan yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka
pengadilan secepat mungkin.

Masyarakat antarabangsa tidak seharusnya ditakutkan oleh kebencian dan
fanatisme ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA PARTI KEADILAN RAKYAT