KEADILAN akan menggandakan usaha mengumpul petisyen ‪#‎BebasAnwar‬

24 Aug KEADILAN akan menggandakan usaha mengumpul petisyen ‪#‎BebasAnwar‬

Sempena hari ke-196 pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik, saya bagi pihak sekretariat petisyen 1 Juta #BebasAnwar KEADILAN hari ini mengumumkan bahawa KEADILAN akan menggandakan usaha membantu sekretariat mencapai sasaran 1 juta tandatangan dalam masa terdekat.

Sekretariat akan membantu menyelaraskan program-program kutipan petisyen supaya semua negeri dan cabang turut terlibat secara aktif dalam kempen tersebut.

Untuk itu, satu pusat pengumpulan telah diwujudkan iaitu Ibu Pejabat KEADILAN yang bertempat di Merchant Square, Tropicana.

Selain itu, sesiapa yang ingin membantu dialu-alukan untuk mendaftarkan diri sebagai sukarelawan #BebasAnwar.

Satu “Kit Petisyen” akan diberikan kepada sukarelawan yang berdaftar, dan kepada mereka yang aktif, surat penghargaan akan diberikan oleh keluarga Anwar Ibrahim.

Petisyen boleh dimuatturun melalui alamat sesawang berikut:
Borang: http://tinyurl.com/BebaskanAnwar
Tel: 03-78850530 (Maisuri)
Faks: 03-78830531 (Maisuri)
Emel: maisuri@keadilanrakyat.org
Laman web parti http://www.keadilanrakyat.org/petisyen-bebasanwar

YB Lee Chean Chung
Ketua Sekretariat KEADILAN
1 Juta Petisyen #BebasAnwar

keadilan1