FLASHMOB ‪#‎RAKYATHAKIMNEGARA‬ TIDAK MELANGGAR PERUNTUKAN AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

12 Jan FLASHMOB ‪#‎RAKYATHAKIMNEGARA‬ TIDAK MELANGGAR PERUNTUKAN AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

Pada 11 Januari 2015 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan juga KEADILAN Cabang Selayang iaitu saudara Chua Wei Kiat telah hadir di Balai Polis Rawang setelah dipanggil pihak polis mengenai flashmob Rakyat Hakim Negara untuk memberi keterangan berkenaan siasatan di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (‘PAA 2012).

Saya percaya pihak polis sedia maklum bahawa kes landmark Nik Nazmilwn Pendakwa Raya yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 25 April 2014 telah memutuskan bahawa peruntukan seksyen 9(5) PAA 2012 yang menyatakan bahawa seseorang penganjur perhimpunan aman jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000.00 sekiranya tidak memberi notifikasi 10 hari sebelum perhimpunan, bukan lagi undang-undang terpakai kerana telah diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan dan oleh itu tidak sah dan batal. Mahkamah Rayuan juga telah memutuskan bahawa kebebasan asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dijenayahkan melalui undang-undang.

Flashmob Rakyat Hakim Negara adalah amalan kebebasan asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, yakni kebebasan berhimpun dengan aman dan kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Oleh yang demikian, pihak polis tidak wajar menafikan atau menyekat amalan kebebasan-kebebasan tersebut, apatah lagi menggunakan satu peruntukan undang-undang yang tidak berperlembagaan.

Pihak polis digesa untuk menghentikan segala siasatan ke atas saudara Chua Wei Kiat dan mana-mana lagi peserta atau penganjur flashmob Rakyat Hakim Negara di bawah seksyen 9(5) PAA 2012.

12 Januari 2015

MELISSA SASIDARAN
EXCO ANGKATAN MUDA KEADILAN