Barisan EXCO

NIK NAZMI BIN NIK AHMAD

KETUA AMK MALAYSIA / KETUA AMK NEGERI SELANGOR

NIK NAZMI NIK AHMAD merupakan wakil rakyat termuda yang menang pada pilihan raya umum 2008, apabila beliau dipilih menjadi ADUN Seri Setia, Selangor. Beliau mempertahankan kerusinya pada pilihan raya seterusnya. Beliau pernah menjawat Setiausaha Sulit kepada Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengarah Komunikasi KEADILAN dan Timbalan Speaker DUN Selangor. Kini beliau merupakan EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor. Beliau memperoleh LLB (Kepujian) dari King’s College London. Nik Nazmi pernah aktif di dalam Unit Pendidikan Politik-Institut Kajian Dasar, United Kingdom Executive Council for Malaysian Students (UKEC), Kesatuan Penuntut Undang-Undang Malaysia dan Federation of Students Islamic Societies UK-Eire. Beliau telah mengarang dua buku – Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21 dan Coming of Age: a Decade of Essays 2001-2011 selain menjadi penyunting bersama Jiwa Merdeka: Himpunan Esei Pimpinan Muda KEADILAN. Beliau mempunyai kolum di Sinar Harian, the Malaysian Insider dan the Edge. Selepas himpunan Black 505 di Kelana Jaya pada 2013, beliau didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman. Berikutan cabarannya dari sudut perlembagaan, Mahkamah Rayuan dalam keputusan bersejarah telah memutuskan beliau bebas dan hak asasi tidak boleh dihukum jenayah. Beliau merupakan penaung-pengasas dan bekas pengajar Projek Mentari, sebuah projek bagi kanak-kanak dari flat kos rendah di Petaling Jaya.

DR. AFIF BIN BAHARDIN dipilih sebagai ADUN Seberang Jaya dan dilantik menjadi EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang pada 2013. Dr Afif pernah terlibat di dalam pelbagai inisiatif dan organisasi termasuklah sebagai Pengarah Bersama Akademi Pak Sako,Sekolah Politik Institut Kajian Dasar dan program Asian Renaissance Pan-Asia Sasakawa. Beliau telah menerbitkan esei iaitu di Jalan Telawi.com, Suara Keadilan, Buletin Mutiara, Malaysia Chronicle, Merdeka Review, MalaysiaKini dan Malaysian Insider. Beliau telah memperoleh Sarjana Muda Perubatan dan Pembendahan (MBBS) dari Universiti Teknologi MARA dan pernah bekerja sebagai doktor perubatan di Jabatan Otorinolaringologi di Sungai Buloh dan Pulau Pinang. Dr Afif juga terlibat dalam sukarelawan Medical Relief Agency, Global Peace Mission dan Biro Kesihatan ABIM.

DR. AFIF BIN BAHARDIN

TIMBALAN KETUA AMK MALAYSIA

RAYMOND BIN AHUAR

NAIB KETUA AMK MALAYSIA / KETUA AMK NEGERI SABAH

Akan datang.

MOHD RADZLAN BIN JALALUDIN merupakan Penyelaras Dewan Negeri Kota Damansara, Selangor sejak tahun 2013. Selain kerjaya sepenuh masa sebagai peguam dan rakan kongsi di Peguambela & Peguamcara di Tetuan Abu Bakar & Yong.

Dilahirkan di Ipoh, Perak pada 11 Mei 1980. Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan berjaya mendapatkan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dan Diploma (Lepasan Ijazah) Undang-Undang Syariah dan Amalan Guaman.

Terlibat di AMK peringkat nasional sejak 2014, beliau kini merupakan Naib Ketua AMK Malaysia selain terlibat membantu aktivis dalam kes pendakwaan yang bermotifkan politik seperti Akta Hasutan.

MOHD RADZLAN BIN JALALUDIN

NAIB KETUA AMK MALAYSIA

SANGETHA JAYAKUMAR

NAIB KETUA AMK MALAYSIA

Akan Datang.

AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL turut menjawat Pengarah Komunikasi KEADILAN dan Ketua AMK Lembah Pantai, Kuala Lumpur selain menjadi Naib Ketua AMK Malaysia. Meskipun beliau mendapat kelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Purdue University, Amerika Syarikat namun beliau aktif berkecimpung dalam bidang seni dan penulisan. Beliau pernah menjadi hos the Fairly Current Show di PopTeeVee, terlibat di dalam teater di Five Arts Collective serta bidang rekabentuk menerusi syarikatnya sendiri Bright Lights at Midnight. Fahmi juga pernah memegang jawatan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.  Beliau mempunyai kolum di akhbar the Star.

AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL

NAIB KETUA AMK MALAYSIA

TAN KAR HING

NAIB KETUA AMK MALAYSIA

TAN KAR HING ialah ADUN Simpang Pulai, Perak sejak Pilihan Raya Umum 2013. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran  Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia. Sewaktu universiti beliau dipilih menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar dan juga aktif di dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia. Beliau bertugas sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye sebelum 2013. Selepas dipilih sebagai ADUN, beliau dilantik menganggotai Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak bagi Pengangkutan Awam.

CHANG LIH KANG memegang jawatan Ketua Cabang Ipoh Timur merangkap naib pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak, selain Setiausaha AMK Malaysia. Beliau bertanding dan menang di kawasan Dewan Undangan Negeri Teja untuk kali pertama pada pilihanraya umum 2008. Pada pilihanraya umum 2013, beliau menang lagi di kawasan yang sama. Sebelum menjejak kaki di bidang politik, beliau merupakan aktivis mahasiswa yang aktif dalam gerakan mansuhkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti). Selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau menyertai NGO Hak Asasi, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia). Beliau aktif dalam Gerakan Mansuhkan ISA dan pernah memegang jawatan setiausaha dalam gabungan 83 pertubuhan itu. Beliau adalah pemegang ijazah sarjana muda Kejuruteraan Awam dari UPM, dan ijazah sarjana Pentadbiran Awam (Master in Public Administration) dari National University of Singapore (NUS).

CHANG LIH KANG

SETIAUSAHA

AHMAD ZAHID BIN KHALID

BENDAHARI

AHMAD ZAHID BIN KHALID merupakan Jurutera Audio (Sound Engineer) dan Pembuat Dokumentari. Beliau berkelulusan Higher National Diploma dari School of Sound Recording, United Kingdom yang merupakan pusat kejuruteraan audio khusus yang pertama di UK. Beliau terlibat dalam rakaman dan pengolahan karya-karya Amy Search, Couple, Aizat, Tonawarna, Zahid AF, Marsha AF dan lain-lain lagi. Zahid sedang menyiapkan dokumentari ‘timelapse’ yang pertama di dunia, Carved in the Sky.

LEE CHEAN CHUNG merupakan ADUN Semambu dan Ketua Cabang Indera Mahkota, Pahang. Sewaktu kempen menentang Lynas, beliau merupakan Ketua Publisiti. Beliau pernah bekerja sebagai penyelidik di badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Multimedia dan Sarjana Sains dalam Logistik dan Pengangkutan dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia. Beliau telah menulis sebuah buku dalam Bahasa Mandarin 绿色政改 (Reformasi dan Politik Hijau).

LEE CHEAN CHUNG

KETUA PENERANGAN

JOHAN ARIFF BIN SALIM

PENGARAH KOMUNIKASI

JOHAN ARIFF SALIM pernah mengajar matematik, menerbitkan video muzik kumpulan Exist, merekabentuk grafik serta terkenal dengan laman satira Malaysian Gags. Beliau merupakan Ketua Penerangan AMK Subang, Selangor.

AKMAL NASRULLAH BIN MOHD NASIR turut memegang jawatan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor dan Ketua Cabang Johor Bahru. Akmal terlibat menguruskan program Intern KEADILAN. Beliau merupakan lulusan ijazah Sarjana Muda berganda Ekonomi dan Sains Aktuari dari University of Wisconsin-Maddison. Beliau pernah bekerja sebagai penyelidik di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan kini merupakan pengarah-pengasas bersama National Oversight and Whistleblowing Center. Beliau merupakan antara saksi utama dalam Tribunal Rakyat BERSIH mengenai pilihan raya umum 2013.

AKMAL NASRULLAH BIN MOHD NASIR

PENGARAH STRATEGI

ANWAR BIN NEKHAN

EXCO

ANWAR BIN NEKHAN lahir pada 20 Julai 1983. Mendapat Pendidikan Menengah Agaseh Lahad Datu, Sabah. Kemudian meneruskan diploma di Institut Kerja Raya Malaysia (ICT) dalam bidang Civil Engineering. Bekerja sebagai Building Engineer selama 4 tahun dan kini bergelar sebagai seorang kontraktor dan usahawan.

Terlibat aktif di peringkat Nasional sebagai Exco MPP AMK 2014- 2017 selain merupakan Ketua AMK Cabang PJU.

FASYARINI BINTI AZAHARI merupakan eksekutif di sebuah syarikat pemaju terkemuka. Beliau merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Pemasaran dari Universiti Selangor. Fasyarini turut memegang jawatan Naib Ketua AMK Ampang.

FASYARINI BINTI AZAHARI

EXCO / BIRO PEKERJA

JESTIN RAJ A/L SAVARIMUTHU

EXCO

JESTIN RAJ SAVARIMUTHU merupakan lulusani Ijazah Sarjana Muda Pengurusan. Beliau kini bekerja sebagai Setiausaha Kanan kepada EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor. Pada masa yang sama beliau merupakan Ketua AMK Kota Raja, Selangor.

Akan datang.

ZAFRIL BIN MOHD EUSOFF

EXCO

MOHD IZAD BUQHARY B MOHD KAMRI

EXCO / BIRO SUKAN

MOHD IZAD BUQHARY B MOHD KAMRI merupakan Graduan Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM). Semasa dalam pengajian, beliau bergiat aktif sebagai aktivis Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang. Selepas tamat pengajian pada tahun 2010, beliau terus dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang pada masa tersebut iaitu YB. Dato’ Mansor Bin Haji Othman. Selepas Pilihanraya Umum ke-13, beliau kekal menyandang jawatan tersebut bersama YB. Dato’ Hj. Mohd Rashid Bin Hasnon.

Berhasrat untuk meneruskan cita-cita sebagai seorang peguam, beliau seterusnya meninggalkan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan menubuhkan firma guaman sendiri atas nama Tetuan Nasir Izad & Co (NICO) pada tahun 2014 di Seberang Perai.

Mohd Izad Buqhary kini aktif memberi khidmat sebagai Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan disamping mengendalikan kelas dan bengkel Undang-undang secara percuma kepada masyarakat. Selain itu beliau juga merupakan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang sejak tahun 2013 hingga kini sebelum dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat.

Akan datang.

THARMENTRA A/L PERIANNAN

EXCO

TAMIL SELVAN A/L SUPRA MANIAM

EXCO

Akan datang.

Akan datang.

MOHD RIDZUAN BIN BASRI

EXCO

AMMAR BIN GHAZALI

EXCO

Akan datang.

Akan datang.

LEE LIAN JENG

EXCO

HALIMAH NASOHA

EXCO

Akan datang.

Akan datang.

KUMARESAN A/L ARAMUGAM

EXCO

MOHD FIRDAUS BIN YUSOFF

EXCO

Akan datang.

MOHD SUKIRMAN BIN MUSTAFA bertugas sepenuh masa sebagai Pengurus Agensi Insurans dan terlibat dlm bidang jualan otomobil. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah GLC Kelantan. Beliau merupakan lulusan Ijazah pengurusan perniagaan di Open University Malaysia (OUM).

Terlibat aktif di peringkat Nasional sebagai Exco MPP AMK 2014- 2017 selain merupakan Pengarah Komunikasi MPN Kelantan dan juga Ketua AMK Cabang Ketereh.

Selain itu, beliau merupakan aktivis masyarakat yang aktif dengan menjawat pelbagai jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Prihatin Rakyat Kelantan (PRIHATIN), Ahli bersekutu Royalti Kelantan (ROYALTI), Ahli Jawatankuasa Pertubuhan SETIA Kelantan Pengerusi (Penaja) dan Pantas Kelantan.

Diantara Aktiviti yang pernah dipimpin oleh beliau adalah, Pengarah Program Blackout 505 Peringkat Negeri Kelantan pada Jun 2013, dan juga Pengarah Program Forum ‘PR pasca pemenjaraan DSAI dan Pemergian TGNA’.

MOHD SUKIRMAN BIN MUSTAFA

EXCO

TANGAH JASA ANAK SIEL

EXCO

TANGAH JANSA ANAK SIEL berasal dari Kampung Sait, Bengoh, Sarawak. Beliau pernah merantau bekerja di Johor tetapi pulang ke kampungnya untuk memperjuangkan kes pembinaan Empangan Bengoh di atas tanah adat melibatkan kampungnya (Simo anak Sekam dan 5 lagi lawan Naim Cendera dan 3 lagi). Pada Disember 2014, syarikat-syarikat yang terlibat menceroboh tanah adat ini diarahkan membayar lebih RM2 juta kepada penduduk kampung. Tangah juga sedang mengikuti latihan untuk menjadi pastor gereja.

Akan datang.

AFZAINIZAM BIN ABDUL RAHMAN

EXCO / BIRO NGO

MOHD RAMLY BIN AHMAD

EXCO

Akan datang.

MURNIE HIDAYAH ANUAR mendapat ijazah LLB (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau bertanding sebagai calon KEADILAN di Parlimen Paya Besar, Pahang pada pilihan raya 2013. Beliau terlibat sebagai pengasas Lawyers for Liberty, peguam sukarelawan Gerakan Mansuhkan ISA, peguam sukarelawan dan aktivis Ops Scorpene kendalian SUARAM, peguam sukarelawan Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur. Murnie juga pernah mewakili universitinya ke Mesyuarat Asia PBB bagi Menyokong Hak Mutlak Rakyat Palestin.

MURNIE HIDAYAH ANUAR

EXCO / BIRO GUAMAN

MELISSA SASIDARAN

EXCO / BIRO PENDIDIKAN POLITIK

MELISSA SASIDARAN berkelulusan LLB (Kepujian) dari Universiti Multimedia dan berasal dari Johor Bahru. Beliau bekerja sebagai senior associate di sebuah firma perundangan. Beliau banyak terlibat di dalam kes-kes hak asasi manusia. Melissa aktif di dalam kempen Perlembagaanku / MyConsti dan juga Jawatankuasa Peguam Muda Majlis Peguam Kuala Lumpur. Di dalam AMK Malaysia beliau bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Politik.

NOOR AMIN BIN AHMAD merupakan Pengurus Diwan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat. Beliau merupakan calon KEADILAN di DUN Kuala Perlis semasa pilihan raya umum 2013. Lulusan ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan Universiti Putra Malaysia, Noor Amin telah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua MPPUPM pada tahun 2004/2005 dan juga merupakan Penyelaras Kajian Islam dan Demokrasi di Malaysia bermula pada tahun 2009 sehingga tahun 2010. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Komunikasi kepada Dato’ Menteri Besar Selangor pada tahun 2010 sehingga 2012. Beliau juga pernah bekerja sebagai Pengurus Operasi dan Projek Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS). Beliau juga merupakan Pengarah-Pengasas Institute for Leadership and Developement Studies (LEAD). Noor Amin merupakan Ketua Biro Latihan AMK.

NOOR AMIN BIN AHMAD

EXCO / BIRO LATIHAN

GINIE LIM SIEW LIN

EXCO / BIRO WANITA MUDA

GINIE LIM SIEW LIN bekerja sebagai Penyelidik Dasar Awam dengan Institut Rakyat, badan pemikir KEADILAN. Beliau pernah terlibat dalam gerakan mahasiswa DEMA dan Solidariti Mahasiswa Malaysia sewaktu di Universiti Sains Malaysia; serta gerakan NGO Global Bersih ketika belajar di luar negara. Selepas tamat belajar beliau bekerja sebagai Koordinator Media KEADILAN dan kemudian Ketua Pegawai Publisiti di Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor. Beliau telah bertanding dua kali di kerusi DUN di Melaka pada 2008 dan 2013, dan tewas tipis pada cubaan keduanya. Ginie berkelulusan ijazah Sarjana Muda Komunikasi USM dan juga pemegang Sarjana Sastera di dalam bidang Kemiskinan dan Pembangunan dari University of Sussex, United Kingdom di atas tajaan biasiswa Chevening. Terlibat di AMK peringkat nasional sejak 2007, beliau kini bertanggungjawab ke atas Biro Wanita Muda.

Akan datang.

RAFIZAL ABD. RAFAR

KETUA SKUAD

NOR AFNI BINTI MD YUSUFF

BIRO PENDIDIKAN

NOR AFNI BINTI MD YUSUFF merupakan Ketua Biro Pendidikan AMK. Seorang lulusan ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Teknologi MARA, beliau kemudian mengikuti program Fulbright di Northern Ilinois University. Beliau pernah mengajar Bahasa Inggeris di Universiti Teknologi MARA, sekolah antarabangsa di Kedah dan kini di Sekolah Han Chiang, Pulau Pinang. Afni juga pernah mengikuti program Intern KEADILAN Beliau merupakan aktivis mangsa penderaan dan kebajikan haiwan serta meminati sukan fencing.

SUM DEK JOE kini merupakan pelajar Ekonomi di Australian National University. Beliau dianugerah ANU International Undergraduate Scholarship selepas melengkapi program Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) di SMJK Katholik dan London Chamber of Commerce (LCCI) Perakaunan Tahap III di Kolej Bandar, Kuala Lumpur. Dari segi aktivisme, beliau menyertai BERISH2.0 untuk projek PEMANTAU sewaktu PRU13. Selain itu, beliau aktif melibatkan diri dalam aktivisme mahsiswa dengan menubuhkan Malaysian Progressives in Australia (MPOZ), bertujuan untuk mempromosikan kesederan politik kepada warga Malaysia yang kini belajar di Australia. Kini, MPOZ telah menganjur lebih daripada 10 forum politik di Melbourne, Canberra, Perth dan Adelaide dengan ahli-ahli politik dan NGO dari Malaysia.

SUM DEK JOE

BIRO ANTARABANGSA / PROGRESIF MALAYSIA

EDIKOUP BIN LAKIP SEDIYANTO

BIRO MAHASISWA

EDIKOUP BIN LAKIP SEDIYANTO berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja, EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Selangor. Beliau merupakan graduan lulusan Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Malaya

Beliau berpengalaman sebagai pimpinan mahasiswa Universiti Malaya. Pernah menjadi Setiausaha  MPP Akademi Pengajian Islam UM, Kampus Nilam Puri 2009/10. Dilantik sebagai Exco Perhubungan dan Hal Ehwal Semasa,Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya (PMIUM) 2011-12. Dan beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Pro-Mahasiswa Universit Malaya 2012-13 dan juga merupakan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional 2012-13. Beliau merupakan Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 2012 dan juga berpengalaman sebagai Exco Perhubungan Majlis Perwakilan Mahasiswa Selangor (MPMS) 2013-14. Dan kini beliau merupakan AJK Pertubuhan Suara Rakyat Prihatin (PERHATI)  dan Biro Mahasiswa AMK

Akan datang.

USTAZ WAN JI WAN HUSSIN

BIRO PEMAHAMAN DAN PEMANTAPAN AGAMA

SALLEHUDDIN KIDIN

BIRO KEUSAHAWANAN

Akan datang

Akan datang.

JAMILAH BT BAHARUDDIN

BIRO ALAM SEKITAR

MOHD SHARUN RADZI BIN SALEHUDDIN

KETUA AMK NEGERI PERLIS

Akan datang.

Akan datang

MOHD RIDHWAN MOHD RAZALI

KETUA AMK NEGERI KEDAH

ASROL SANI ABDUL RAZAK

KETUA AMK NEGERI PULAU PINANG

Akan datang.

Akan datang

MOHD AZLAN HELMI

KETUA AMK NEGERI PERAK

HAZRUL FAHMI AHMAD

KETUA AMK WILAYAH PERSEKUTUAN

Akan datang.

Akan datang

FAKRI MD NOR

KETUA AMK NEGERI SEMBILAN

FARHAN IBRAHIM

KETUA AMK NEGERI MELAKA

Akan datang.

Akan datang

MOHD FAIZAL MOHD YUSHAK

KETUA AMK NEGERI JOHOR

WONG CHUN YUAN

KETUA AMK NEGERI PAHANG

Akan datang.

Akan datang

WAN MOHD FARMIZI WAN MOHD NOR

KETUA AMK NEGERI TERENGGANU

DR MOHD HAFIDZ RIZAL AMRAN

KETUA AMK NEGERI KELANTAN

Akan datang.

Akan datang.

ABDUL RAAFIDIN MAJIDI

KETUA AMK NEGERI SARAWAK

SYED BADLI SHAH B SYED OSMAN

PENOLONG SETIAUSAHA I

Akan datang

Akan datang.

AHMAD AZRI BIN ZAINAL NOR

PENOLONG SETIAUSAHA II

SYUKRI RAZAB

SETIAUSAHA PENGELOLA

Akan datang

Akan datang.

DANNY CHAN

PENOLONG BENDAHARI

NAIM JUSRI

TIMBALAN KETUA PENERANGAN

Akan datang

Akan datang.

HAFIZ ZAIMUDDIN

TIMBALAN KETUA BIRO MAHASISWA