AMK MENGECAM SERBUAN POLIS KE IBU PEJABAT KEADILAN

30 Mar AMK MENGECAM SERBUAN POLIS KE IBU PEJABAT KEADILAN

Angkatan Muda KEADILAN mengecam tindakan polis menyerbu Ibu Pejabat KEADILAN semalam. Tindakan membawa Setiausaha Agung dan Ahli Parlumen Pandan Rafizi Ramli yang sedang direman dan merampas peralatan pejabat dengan alasan menyiasat perhimpunan ‪#‎KitaLawan‬ juga tidak perlu.

Kami kesal dalam isu-isu melibatkan masyarakat sivil dan parti-parti lawan UMNO-BN polis mengambil pendekatan yang keterlaluan.
Ini usaha terancang untuk menakut-nakutkan rakyat. Namun sebagaimana dilihat akhir-akhir ini, tangkapan demi tangkapan hanya menyemarakkan lagi semangat rakyat khususnya anak muda untuk melawan kezaliman dan menuntut keadilan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN